‘Hannah Delisha bertudung sarung pun cantik!’

KALAU sudah cantik, pakailah apa pun tetap menyerlah dan nampak lawa. 

Begitulah yang berlaku kepada Hannah Delisha baru-baru ini apabila dihujani pujian selepas muncul memakai tudung sarung ketika membeli juadah di bazar Ramadan.

Kata netizen, meski hanya memakai tudung sarung, gayanya tetap kelihatan ‘mahal’ dan anggun, ditambah pula dengan kecantikan semula jadi.

“Cantiknya dia pakai tudung sarung, kalau aku sudah rupa macam nenek kebayan.

“Tak payah tanya jenama tudung sarung dia. Hannah ini kalau pakai tudung saji pun tetap lawa,” kata netizen.

Selain tudung, aksinya yang berpegangan tangan dengan suami juga pelakon Imam Shah sepanjang dalam video tular tersebut turut meraih pujian ramai.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok