Aisyah Aziz selamat bersalin cahaya mata sulung

DIULIT kebahagiaan, penyanyi Aisyah Aziz selamat menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup dengan Dr. Fahrudin Amir.

Berita gembira itu dikongsikan ibunya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad yang memuat naik gambar bersama si kecil, semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Hafiza meluahkan keterujaan serta kerinduan terhadap cucunya yang difahamkan dilahirkan bulan lalu.

“Ummi Wan dan Tok Ayah (panggilan datuk) sudah mula merindui kamu.

Kasih sayang dan pelukan buat anak tersayang kami, Aisyah Aziz dan suami Fahrudin Amir.

“Masya-Allah, tabarakallah,” tulisnya dalam Instagramnya.

Menerusi perkongsian sama, Hafiza bersama suami, Aziz Sapdan memuat naik foto meriba cucu ketiga mereka.

Begitupun, dia menutup wajah bayi berkenaan dengan emoji hati.

Malah, Hafiza juga tidak berkongsi butiran mengenai jantina mahupun tarikh kelahiran cucunya itu.

Pada hantaran sama, Hafiza turut menitipkan doa agar cucunya sentiasa berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

“Masya-Allah, Allahumma barik. Hadiah yang sangat-sangat bernilai buat kami sekeluarga.

“Kami doakan cucunda sentiasa menjadi anak yang soleh, penyejuk mata buat abah dan ummi serta seluruh keluarga, dan sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat,” katanya.

Terdahulu, Aisyah dan Dr. Fahrudin Amir juga abang kepada suami selebriti Neelofa iaitu Mohd. Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada April 2025. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok