Antara Amy Search, Awie, Ella, siapa ‘serang’ Shila Amzah?

SELEPAS penyanyi Shila Amzah mendedahkan ‘diserang’ seorang selebriti bertaraf legenda pada sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y semalam, beberapa nama artis yang terlibat dalam acara tersebut mula menjadi sebutan netizen.

Antara yang ‘dipetik’ netizen Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella yang turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

“Adakah Amy, Awie atau Ella, cepatlah nak tahu!

Tak mungkinlah artis-artis hebat itu akan ‘serang’ Shila. Ada kejadian tumbuk-menumbuk atau tarik rambut ke?

“Artis legenda? Industri ini kecil sahaja, siapa ya?” soal netizen penuh tanda tanya.

Namun, tidak kurang juga ada yang berpendapat kejadian tersebut sekadar cara penyanyi yang terlibat mempromosikan konsert tersebut.

Ini semua ‘marketing’ konsert agaknya, nak tarik ramai orang datang.

“Gimik untuk konsertlah, supaya ada isu,” komen pengguna media sosial.

Shila pula hari ini dalam satu hantaran Instagram memberitahu mengalami sakit kepala melampau.

“Bangun pagi dengan sakit kepala melampau.

Saya tak tahu bagaimana untuk bertahan hari ini,” katanya.

Semalam, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendakwa ‘diserang’ seorang artis legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Sementara pengurusnya yang dikebali sebagai Aini pula memaklumkan pihak mereka sudah membuat laporan polis semalam.

Selain Ella, Amy dan Awie, konsert tersebut turut diserikan dengan persembahan Jaclyn Victor, Penny Tai, Jeryl Lee dan 3P. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok