‘Belakang lelaki ada seorang wanita’ – Bella sifatkan Saddiq hero

HARI yang besar untuk lelaki yang baik.”

Demikian antara luahan peribadi pelakon dan penyanyi Bella Astillah menerusi media sosial selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman membabitkan empat pertuduhan.

Menurut Bella, 31, Syed Saddiq disifatkan sebagai individu yang tidak pernah berputus asa meski dirinya dihambat dengan pelbagai dugaan dalam hidup.

“Alhamdulillah tahniah Syed Saddiq.

“Hari besar untuk lelaki yang baik. Bukan semua hero memakai ‘cape’ (mantel). Ada sesetengah memakai sut dan tidak berputus asa.

“Keadilan ditegakkan,” katanya dalam platform Threads.

Susulan itu, Bella dibanjiri dengan komen yang ingin melihat mereka naik ke jenjang pelamin dengan segera selepas Syed Saddiq tidak terikat dengan kes mahkamah.

“Alhamdulillah, syukur. Dah boleh ‘next chapter’ (fasa seterusnya) ya Bella,” usik netizen.

Di sebalik lelaki yang berjaya, ada seorang wanita yang sentiasa menyokongnya,” tutur peminat.

“Majlis boleh ‘on’, jangan tak ‘on’ tau kalau tidak kami merusuh,” ujar pengikut.

Semalam, Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana ARMADA.

Bella yang hadir memakai baju kurunh berona biru dilihat menangis terharu dan berpelukan dengan ahli keluarga Syed Saddiq sejurus selepas keluar dari dewan bicara.

Momen tersebut dan kehadirannya ke mahkamah hari ini sekali gus menguatkan lagi khabar angin dia dan Syed Saddiq kini menjalin hubungan istimewa meskipun tidak pernah disahkan oleh mereka. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok