Rosyam Nor saran Fattah Amin nikahi Erma Fatima

AKTOR senior, Datuk Rosyam Nor mencuit hati ramai apabila berseloroh mencadangkan pelakon, Fattah Amin berkahwin dengan pengarah terkenal, Erma Fatima.

Dalam satu video TikTok yang dikongsi pelakon Datin Seri Umie Aida, momen lucu tersebut berlaku ketika mereka menjalani penggambaran sebuah drama.

“Aku rasalah kan Fattah, masalah kau ini dan orang paling sesuai untuk kau adalah dengan Erma Fatima.

“Erma ini pun kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun dah tak boleh beranak. Jadi, kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa.

“Selepas itu pula, Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” ujar Rosyam sambil ketawa.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, yang mendengar gurauan tersebut kelihatan tercengang sebelum memberi reaksi terkejut.

“Maknanya kak Umie Aida akan panggil saya abang? Macam-macam dia punya nasihat eh? Pelik-pelik,” balasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur melihat gelagat Rosyam dan Fattah.

“Lucu betul Rosyam Nor ni. Tergamak dia suruh Fattah kahwin dengan Erma, mana mahunya!,” komen seorang netizen.

“Mentang-mentang Fattah suka wanita berusia daripada dia, dicadangnya Erma, lawak betul lah,” tulis seorang pengguna TikTok.

Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 5.

Bagaimanapun, perkahwinan pasangan itu berakhir dengan perceraian talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok