“MENGAHNYA Puan Neelofa pun.”
Itu komen ‘mengundang’ yang ditinggalkan selebriti dan usahawan, Neelofa dalam satu hantaran Instagram memaparkan dia mempromosikan tudung jenamanya, Naelofar semalam.
Komen tersebut sekali gus memberi bayangan dia kini sedang berbadan dua seperti khabar angin yang bertebaran sejak akhir-akhir ini.
Meski tidak memberi sebarang pengesahan sebelum ini, ada yang mendakwa saiz ‘baby bump’ semakin jelas kelihatan dalam video tersebut.
Rata-rata mendoakan kehamilannya selain berharap isteri kepada pendakwa bebas Haris Ismail itu dikurniakan bayi perempuan.
“Nampak sangat mengahnya itu.
“Semoga dapat anak perempuan kali ini, amin,” demikian antara komen netizen.
Baru-baru ini, nama Neelofa kembali menjadi bualan ramai dalam media sosial apabila dia didakwa kini hamil anak ketiga.
Dakwaan tersebut mula tercetus selepas dia memuat naik foto mempromosikan produk terbaharunya, susu pisang namun netizen pula sebaliknya perasan sesuatu apabila gaya dirinya bergambar menampakkan ‘baby bump’.
Bagaimanapun, Haris atau Neelofa setakat ini tidak mengesahkan spekulasi tersebut.
Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Roz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki dulu orang cahaya mata iaitu Bilal, 4 dan Abbas, 3 tahun. – HIBGLAM
