Anak Britney debut di Minggu Fesyen Paris

ANAK penyanyi sensasi Britney Spears, Sean Preston dan Jayden Federline buat pertama kali muncul sebagai peragawan dalam acara Minggu Fesyen Paris menerusi pertunjukan Vetements Menswear Spring/Summer 2027, minggu lalu.

Sean, 20, tampil segak mengenakan jaket sutera hitam panjang dipadankan dengan kemeja, tali leher hitam, seluar denim dan kasut kulit, manakala adiknya, Jayden, 19, memilih gaya lebih kasual dengan baju tanpa lengan putih, seluar jean biru pudar dan kasut loafer coklat.

Peragaan tersebut turut diserikan dengan kemunculan pelakon Sharon Stone, selain kehadiran North West, anak kepada Kim Kardashian dan Kanye West serta penyanyi Maluma sebagai tetamu.

Sean dan Jayden merupakan anak hasil perkahwinan Spears dengan bekas suaminya juga penari, Kevin Federline yang berakhir dengan perceraian pada 2007.

Hubungan Britney dengan kedua-dua anaknya kini dilaporkan semakin pulih apabila Sean sebelum ini menambah nama keluarga Spears pada akaun media sosialnya sebagai tanda sokongan terhadap ibunya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok