‘It’s a boy’ – Nad Zainal timang anak keempat

PELAKON Ungku Ismail Aziz berkongsi khabar gembira isterinya yang juga aktres Nad Zainal selamat melahirkan bayi lelaki hari ini.

Menurutnya, Nad atau nama penuhnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 36, dan bayi mereka berada dalam keadaan baik.

“Masya-Allah, isteri saya selamat melahirkan anak kami pada pukul 9.41 pagi tadi.

Ibu dan bayi dalam keadaan sihat serta comel, Alhamdulillah,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam masa sama, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa buat mereka sekeluarga.

“Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa-doa yang baik.

‘It’s a boy’ (bayi lelaki),” ujarnya.

Ungku Ismail bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai nama anak lelakinya itu.

Terdahulu, Nad dan Ungku Ismail bergelar suami isteri pada 23 Januari 2023. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Ungku Indera Puter Al-Maajid kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 sebelum bercerai pada 2022.

Mereka memiliki sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom yang berusian lima tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok