PELAKON, Riena Diana bertindak memadam semua gambar dalam akaun Instagram miliknya selepas menerima banyak mesej berbaur lucah sejak berkongsi kesediaannya melakonkan aksi panas.
Menurut Riena, dia merajuk dengan netizen yang bersikap kurang ajar dengan meninggalkan komen sebegitu.
Anda semua memang tidak suka membaca sampai habis, hanya lihat tajuk dan laju sahaja tangan hendak menulis.
“Selepas artikel tersebut terbit, saya terima banyak mesej dan komen lucah seperti bertanya saya suka jenis ranjang bagaimana.
Sekarang ini, saya merajuk dengan anda yang menulis komen. Disebabkan itu, saya padam semua gambar dalam akaun Instagram, tak mahu kongsi apa-apa lagi,” katanya lagi.
Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, turut menegaskan dia tidak akan melakukan babak ranjang secara membuta tuli tanpa meneliti skrip atau atas permintaan pengarah bagi menjaga nama baik ibu bapanya.
Ya, saya akan buat jika pengarah minta tetapi dengan syarat tidak keterlaluan dan perlu ingat bahawa ini negara Islam, jadi memang tak akan ada aksi panas sebegitu.
“Ibu bapa saya masih lagi menonton drama lakonan saya dan tak akan malukan mereka dengan melakukan babak tersebut,” katanya dalam InstaStory semalam.
Kelmarin, Kosmo! melaporkan Riena sedia menjayakan adegan ranjang dalam lakonan andai diminta berbuat demikian bagi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang aktres.
Jelasnya, babak yang dimaksudkannya bukan sekadar penyendal atau modal menarik penonton, sebaliknya perlu menjadi penguat plot cerita. – HIBGLAM
View this post on Instagram