‘Filter’ wajah Siti Nurhaliza bikin dekah!

MEMANG terhibur! Itu yang berlaku apabila tular ‘filter’ wajah Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam aplikasi TikTok menjadi ‘permainan’ ramai.

Lebih membuatkan ramai terhibur ialah seorang lelaki dikenali sebagai @m_sy4h galak menggunakan filter tersebut ketika melakukan tugas menghantar pesanan makanan.

Tidak kering gusi netizen dibuatnya apatah lagi individu tersebut turut ‘berdrama’ dengan menjadi Siti Nurhaliza dan memanggil nama Aafiyah.

Netizen yang terhibur memberi gelaran kepada lelaki tersebut sebagai ‘Siti Nurhaliza protein’.

“Sangat kelakar! Muka Siti tetapi kerja sebagai penghantar makanan.

“Ini Siti Nurhaliza versi sado sebab minum protein ke? Sakit perut gelak,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok