‘120 soalan bukan nak menekan-nekan, kalau tak salah kenapa takut?’

MERUNGKAI salah faham, Peguam mewakili penyanyi Nubhan, Mohd. Redzuan Ramli menafikan pihaknya cuba menjerat bekas isteri anak guamnya, Dr.Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie apabila mengemukakan 120 dalam prosiding komital di mahkamah, hari ini.

Mohd. Redzuan berkata, jumlah soalan yang bakal dikemukakan merupakan proses soal balas biasa malah pertanyaan tersebut mempunyai kaitan serta relevan dengan kes.

120 soalan yang ingin dikemukakan itu sebenarnya hantar prosedur biasa. tapi dalam prosiding hari ini pihak di sana yang tidak bersedia. Jadi defendan minta ditangguhkan dan pohon pihak kami sediakan dulu soalan sebelum prosiding akan datang.

“Bagi saya semua soalan memang kena relevan dengan kes. Kita tidak boleh tanya sebarang soalan, tiada sebab nak susahkan pihak di sana (defendan).

“Setakat ini (daripada pemahaman) 120 itu mungkin akan pecah lagi kepada 120 lagi, (kalau) dapat idea untuk soalan baharu,” katanya selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Mohd. Redzuan turut menolak tanggapan jumlah soalan yang banyak itu bertujuan menekan atau menakutkan Dr Fie juga responden dalam prosiding berkenaan.

Kalau dia tak salah kenapa perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun, tentu dia sudah sedia jawab. Dalam kubur pun nanti ada lima soalan sahaja,” ujarnya.

Pada masa sama, Mohd. Redzuan berkata, penangguhan prosiding kepada 19 dan 27 Januari depan sebenarnya boleh memberi risiko kepada pihak Afifah.

Pada saya apabila ditangguhkan, risiko pada belah dia juga. Bermula hari ini sampai 19 Januari nanti, setiap malam dia akan mengalami ‘nightmare’.

“Sebab itu kita nak teruskan sahaja hari ini setakat mana mahkamah benarkan, supaya kes tak berpanjangan,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya juga berpegang kepada prinsip bahawa andai seseorang itu tidak melakukan kesalahan, tidak seharusnya timbul kebimbangan terhadap proses soal balas yang dijalankan.

Kita pegang pada peraturan biasa, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau dia benar, kenapa dia perlu takut?” katanya.

Terdahulu, prosiding komital membabitkan Nubhan dan Dr. Fie ditangguhkan ke awal 2027 selepas pihak pemohon dikatakan masih belum menyempurnakan prosedur diperlukan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok