508
PENYANYI G-Dragon mengejutkan peminatnya apabila dengan berani mempamerkan bahagian otot perut atau ‘six pack’ miliknya.
Peminat bukan sahaja terkejut dengan bentuk badannya yang menarik tetapi perkongsian penyanyi kumpulan Big Bang itu merupakan bukan kebiasaan yang selalu dilakukannya.
G-dragon juga berkongsi rutin kehidupan hariannya dengan memuat naik foto dalam Instagram semasa sedang bersenam di sebuah gimnasium.
Menerusi foto berkenaan, pelantun lagu Bang Bang Bang itu nampak lebih sihat berbanding tahun lepas.