Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di HKL

PELAKON, Amyza Aznan berkongsi khabar duka tentang keadaan suaminya Khairil Izhar yang kini berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Amyza, 50, memaklumkan mengenai  perkara tersebut dalam akaun media sosialnya.

“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur.

“Segala urusan boleh hubungi pegawai perhubungan awam saya,” tulisnya.

Sebelum itu peserta Kilauan Emas Selebriti itu sempat berkongsi foto suaminya yang dipercayai berada di dalam ambulans.

Dalam hantaran tersebut, Khairil dilihat memakai alat bantuan pernafasan dan sempat membuat tanda isyarat tangan ‘peace’.

Terdahulu, sebelum ini media melaporkan Khairil pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2023, Khairil juga pernah ditidurkan akibat sesak nafas namun kembali sedar selepas dua hari.

Anak sulung mereka, Andre Mikhail meninggal dunia pada 23 Februari lalu akibat sakit kanser paru-paru tahap tiga. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok