Daiyan Trisha hanya bermodalkan wajah?

KEMUNCULAN penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha di pentas AJL40 turut tidak terlepas daripada tempias kecaman. Ada netizen mendakwa kehadirannya dalam industri sekadar bersandarkan rupa paras, malah mempertikaikan kemampuan lakonan serta nyanyiannya.

“Daiyan ini menyanyi pun tidak sedap, berlakon pula kaku. Apa sumbangan dia dalam industri?” sinis seorang pengguna media sosial.

Diva faham setiap orang berhak memberikan pandangan, tetapi tidak semua pendapat perlu dilontarkan dengan nada merendahkan. Dunia seni bukan gelanggang untuk menentukan siapa paling layak berada di pentas.

Pun begitu, Diva juga memahami pandangan sebahagian netizen bahawa pentas AJL40 merupakan pentas besar dan setiap penampilan di situ membawa tekanan tersendiri.

Bagi Daiyan, peluang tersebut seharusnya dijadikan ruang untuk terus memperkemas vokal, meningkatkan lakonan serta membuktikan dirinya bukan sekadar bergantung pada paras rupa.

Jangan biarkan kritikan menjadi batu penghalang, sebaliknya jadikan bahan bakar untuk melangkah lebih jauh.

Diva percaya Daiyan masih mempunyai ruang luas untuk berkembang. Semua artis pernah berada pada tahap belajar dan tidak ada siapa terus sempurna sejak hari pertama.

DIVA: Cantik betul Zahirah MacWilson mengenakan tudung. Sekali pandang, macam anak patung hidup!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok