Fasha Sandha ‘backup’ Ebit Lew?

BUKAN sahaja isu selebriti ‘buat hal’ yang memanaskan media sosial minggu ini tetapi juga mengenai kes mahkamah seorang pendakwah terkenal.

Difahamkan, pendakwah tersebut didakwa menyimpan puluhan foto lucah dalam telefon bimbitnya. Ramai tidak menyangka mengenai hal tersebut dan berharap dia diadili dengan seadil-adilnya. 

Bukan sahaja netizen, selebriti tanah air turut bersuara tentang perkara itu iaitu Fasha Sandha yang berkata, tiada mana-mana individu pun boleh menghakimi sesiapa di bumi ini.

“Kita semua manusia, tidak sempurna dan sebab itu tiada yang layak untuk menghakimi sesiapa pun di muka bumi ini.

“Hanya Allah SWT saja tahu,” katanya ringkas.

Diva pula malas fikir dosa orang sebab dosa sendiri pun belum tentu terkira. 

DIVA: Ramai sanggup wajah mereka disamakan macam bibik sebab cantik macam Zahirah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok