Usher, Chris Brown bertekak, konsert tangguh 3 jam

HUBUNGAN dua bintang R&B, Usher dan Chris Brown terus menjadi tanda tanya selepas masing-masing tampil secara berasingan pada konsert jelajah yang sepatutnya menyaksikan mereka berkongsi pentas.

Sebelum itu Usher didakwa muncul dan menyapa penonton dengan ungkapan ‘Welcome to my show’ (Selamat datang ke persembahan saya) ketika memulakan persembahannya tanpa Brown.

Tindakan tersebut mengundang pelbagai tafsiran, apatah lagi kedua-dua penyanyi berkenaan sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan bertengkar di belakang pentas sehingga menyebabkan konsert tertangguh tiga jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Brown cuba meredakan spekulasi perseteruan itu apabila memuat naik kenyataan ringkas menerusi Instagram Story meminta orang ramai tidak mempercayai cerita yang tersebar.

“Jangan mudah percaya apa yang tersebar di internet,” tulisnya tanpa memberi butiran terperinci.

Pada masa sama, Usher belum memberikan sebarang kenyataan bagi menjelaskan dakwaan perselisihan, sekali gus membiarkan peminat terus berteka-teki.

Meskipun kontroversi berkenaan mencetuskan tanda tanya, siri jelajah R&B Tour masih dijadualkan diteruskan dengan beberapa destinasi lain.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok