SIAPA sangka, gelagat seorang kanak-kanak dikenali sebagai adik Norman meniru gaya ikonik T yang sinonim dengan pelumba Formula 1 (F1) pasukan Mercedes-AMG Petronas, George Russell menjadi bualan hangat seluruh dunia!
Keletah comel yang dirakam secara spontan itu mengundang reaksi positif rakyat Malaysia selain meraih lebih dua juta tontonan dalam akaun media sosial rasmi F1.
Rata-rata memuji kecomelan peminat cilik itu yang turut menyarung jersi rasmi Mercedes ketika hadir menonton acara tersebut di Sepang, Selangor baru-baru ini.
Seronok tengok kanak-kanak meminati sukan pemotoran. Semoga menjadi pelumba F1 satu hari nanti.
“Bangganya tengok Norman viral disebabkan F1, mendunia dik!” kata netizen.
Difahamkan, adik Norman mula menjadi bualan ramai selepas akaun rasmi F1 memuat naik video memaparkan dia dan ibu bapanya hadir ke Sepang baru-baru ini.

