Berangan ‘terpaling good’, menyanyi pun miming saja

ALAHAI berkokok pula bunyi isi perut Diva bila tengah nak mengadap makanan tapi ada pula member datang bawa cerita panas yang lebih buat lidah kecur berbanding siakap stim perah limau ala Thai depan mata, nak tersedak kita dibuatnya.

Kata member Diva yang namanya Sitara Tampuk Manggis itu, ada seorang artis yang di mata umum persis bidadari syurga telah dijemput menjayakan sebuah acara nyanyian yang agak jauh dari kawasan bandar.

Muncul sahaja dah kena jerit, belum lagi menyanyi buka mulut, bertepuk sorak semua yang hadir memanggil namanya. Sampailah ke satu bahagian lagu, artis itu pun hulurkan mikrofon kepada seorang peminat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Alih-alih, tiada bunyi, suara tak dengar, penatlah si peminat sambung menyanyi, namun rupa-rupanya mikrofon ‘off’ dan bila tekan bukan ‘on’ barulah bergema ‘hello-hello percubaan’. Satu dewan terkesima ‘krikk krikk’.

Jadi masa si artis tu bukan main ‘feeling’ tarik nada tinggi atas pentas tu apa? Miming? Diva ketawa macam nak gilalah. Memang si artis itu menyanyi sejak kecil tapi setakat boleh nyanyi gitu-gitu sajalah, hebat tidak, cari makan miming bolehlah. Tapi kata member Diva, artis yang macam puteri bagi sesetengah itu memang kuat propa kerjanya, sana sini cerita dia 80 peratus adalah demi konten semata-mata. 

DIVA: Parah betul penyakit diva dalam kalangan artis ketika ini, setakat pandai berlakon, sekarang dah boleh buat dik, dah bagus sikit mulalah segala yang ada kaitan dengan dia terpaling kuat aura. Dia pula terpaling naif paling harus dihormati.



Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok