SEJAK berstatus solo, jarang betul dengar cerita tentang Uqasha Senrose. Mungkin dia selesa dengan kehidupan yang kurang perhatian umum.
Namun baru-baru ini, beberapa video TikToknya kerap melintas, termasuk ada yang memaparkan Uqasha sedang menyanyi bersama adik lelakinya.
Menariknya, lagu yang dinyanyikan berkaitan wanita solo dan lupakan bekas pasangan.
Untuk Diva, dengar macam biasa saja tetapi lain pula ditafsirkan segelintir netizen yang beranggapan Uqasha seperti menyanyi untuk diri sendiri.
Malah, ada juga menuduh adik lelakinya sengaja menyindir Uqasha dengan lirik lagu tersebut.
Alahai, benda untuk seronok tapi ada saja pihak yang cuba untuk membawa anasir negatif. Apa pun, ramai puji Uqasha semakin cantik. Betul kan.
DIVA: Apa cerita Ruhainies nak saman netizen? Dah ada ke yang minta maaf atau saman RM3 juta sedang diteruskan?

