Rihanna nafi bermasam muka dengan anak Magic Johnson

PENYANYI Rihanna menepis dakwaan dia bermasam muka dengan personaliti media sosial EJ Johnson, yang juga anak legenda bola keranjang Magic Johnson, susulan kelewatannya ke sebuah pertunjukan fesyen Dior di Paris.

Kami tak bergaduh. Itu cuma umpan klik,” katanya keoada TMZ sewaktu meninggalkan butik Celine di Los Angeles, baru-baru ini.

Desas-desus itu bermula selepas EJ mendakwa dalam video Instagram bahawa pertunjukan Dior pada 29 September lalu bermula lewat sejam gara-gara Rihanna lambat tiba.

Memuatkan artikel berkaitan…

EJ turut berkata, dia tidak kisah untuk menunggu dan tetap memuji koleksi yang diperagakan pada pertunjukan tersebut.

Spekulasi bertambah panas apabila Rihanna meninggalkan komen ringkas pada rakaman berasingan yang menunjukkan EJ dihalang masuk ke sebuah hotel di Paris.

Rihanna menjelaskan dia sebenarnya bersimpati melihat kejadian itu. Malah, apabila ditanya sama ada EJ masih berpeluang memperagakan koleksi Savage x Fenty masa depan, Rihanna berkata, EJ layak berbuat demikian.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok