Kos tinggi, hasrat Brad Pitt tampilkan Leonardo DiCaprio terkubur

PELAKON Brad Pitt mendedahkan perancangannya menampilkan aktor Leonardo DiCaprio dalam filem baharu, The Further Mis-Adventures of Cliff Booth tidak diteruskan kerana kos dan persediaan solekan prostetik.

Bratt Pitt berkata, Leonardo DiCaprio pada mulanya dipertimbangkan untuk kembali sebagai Rick Dalton (cameo) dengan watak yang dibawakannya dalam filem Once Upon a Time… in Hollywood pada 2019.

“Seronok juga kalau dapat buat, tetapi persediaannya mengambil masa beberapa minggu. Sukar nak kata kosnya berbaloi untuk kemunculan sekejap,” kata Pitt kepada The Hollywood Reporter pada tayangan perdana filem berkenaan di Los Angeles.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam versi asal, Pitt membawakan watak Cliff Booth, pelakon lagak ngeri yang juga menjadi pelakon ganti dan pembantu kepada Rick.

Filem baharu itu menyambung kisah Cliff lapan tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, ketika dia masih mencari tempat dalam industri perfileman Los Angeles.

Leonardo DiCaprio sendiri sebelum ini mengakui bahawa kemungkinan dia kembali memegang watak Rick pernah dibincangkan pada peringkat awal.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok