KEMESRAAN pasangan selebriti, Akim Ahmad dan isterinya, Stacy Anam sekali lagi mencuri perhatian ramai dalam media sosial selepas tular beberapa video memaparkan Akim memberi pandangan penuh cinta setiap kali isterinya sedang berbicara.
Bagi segelintir netizen, pandangan Akim terhadap isterinya masih sama dan dipenuhi rasa cinta meski sudah lebih 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Gelagat romantik pasangan suami isteri yang akan saling berentap di pentas Gegar Vaganza Fantasia (GVF) itu nyata membuatkan ramai peminat tersenyum sendiri selain tidak sabar menantikan persembahan mereka.
“Cair hati tengok cara Akim pandang Stacy, macam baru bercinta semalam, manis sungguh.
“Alahai kenapa kami pula yang cair tengok pandangan Akim pada Stacy.atas pentas GVF,” komen netizen.

