MUNGKIN masih belum terlambat untuk Diva ucapkan tahniah kepada Datuk Ziana Zain atas penganugerahan gelaran Datuk baru-baru ini.
Ramai yang tumpang gembira dan teruja apabila penyanyi kesayangan mereka akhirnya menerima gelaran yang sepatutnya dimiliki lebih awal lagi.
Namun, bukan isu tersebut yang Diva nak kongsi tetapi gelagat lucu netizen yang mula berdebat mengenai nama singkatan untuk Ziana seperti diberikan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Ramli MS.
“Siti Nurhaliza jadi Tok Ti, Ramli MS pula Tok Ram dan Datuk Syafinaz dipanggil Tok Naz.
“Kalau Ziana nak panggil Tok Zi atau Tok Na?” seloroh peminatnya.
Macam-macam hal betul netizen, banyak pula masa untuk fikir perkara sebegitu. Walaupun kedengaran remeh tetapi adakalanya nama singkatan begitu boleh beri impak positif juga.
Apa pun, sama-sama kita fikir apa nama singkatan paling sesuai nanti ya.
DIVA: Tak boleh ‘move on’ dengar lagu Sang Penikam nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul, menusuk jiwa betul.
