Syafiq Kyle, Syazwan Razak kehilangan ibu tercinta

SYURGA kepada pelakon Syafiq Kyle yang juga ibu mentua Mimi Lana iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Khabar duka tersebut disampaikan adiknya yang juga pelakon Syazwan Razak yang berharap orang ramai memaafkan segala kesilapan ibunya itu.

Ibu dah tiada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maafkan beliau jika ada salah dan silap,” katanya ringkas dalam InstaStory.

Sementara itu, isteri dan pelakon kepada Syafiq iaitu Mimi Lana turut berkongsi khabar sama selain mendoakan kesejahteraan ibu mentuanya yang jemput Ilahi.

“Al-Fatihah, minta doakan ibu mentua saya yang baru kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah Rohaya Sulaiman, rahmatilah dia, maafkanlah dia.

Muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya,” katanya dalam Threads.

Semalam, Syazwan sempat berkongsi hantaran memaparkan pintu wad kecemasan seolah-olah memberi bayangan bahawa ibunya berada dalam keadaan kritikal.

Tidak lama kemudian, dia memuat naik video sedang menyuap makanan dan membersihkan badan ibunya.

Bagaimanapun, Syafiq yang cukup dikenali menerusi drama One Cent Thief dilihat tidak memuat naik sebarang maklumat dalam media sosialnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok