‘Queen of Country’ Dolly Parton meninggal dunia

PENGHIBUR legenda dunia, Dolly Parton yang popular dengan lagu Jolene disahkan meninggal dunia pada usia 80 tahun semalam.

Khabar duka tersebut disahkan ahli keluarga yang juga anak saudaranya, Bryan Seaver, menerusi sebuah video.

Parton dilaporkan berdepan beberapa masalah kesihatan yang menyebabkan dia menangguhkan dan membatalkan beberapa penampilan serta persembahan awam.

Keluarganya bagaimanapun tidak berkongsi lanjut punca kematian namun keadaan kesihatannya didakwa semakin merosot baru-baru ini.

Sebuah upacara pengebumian peribadi kecil akan diadakan bagi memberi penghormatan terakhir terhadap figura ikonik itu.

Suaminya, Carl Dean juga meninggal dunia sekitar tahun lalu.

Dalam kenyataan keluarga, Seaver juga menyifatkan Parton sebagai individu pencetus yang membuka peluang kepada generasi pemuzik, penulis lagu dan peminat di seluruh dunia untuk mengejar impian masing-masing.

Pada usia 21 tahun, Parton menjadi antara individu paling dikenali dalam arena muzik Amerika selepas menyertai rancangan televisyen muzik ‘country’ anjuran Porter Wagoner yang menyiarkan suara dan wajahnya ke jutaan rumah di seluruh negara.

Dia berjaya bangkit daripada kehidupan miskin tegar di Tennessee sebelum menjadi ikon dunia dengan lagu-lagu popular seperti 9 to 5 dan I Will Always Love You.

Pada hayatnya, Parton bukan sekadar tetapi telah menulis levih 3,000 lagu, dia bahkan berlakon dalam filem-filem utama Hollywood dan mendermakan jutaan dolar kepada badan amal di negeri asalnya dan sekitarnya.

Parton juga merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang mewujudkan taman tema Dollywood yang popular hinggalah kepada kosmetik, pakaian haiwan peliharaan, adunan penaik dan juga perhentian trak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok