Amir Raja Lawak ke ICU akibat jangkitan paru-paru

PELAKON  Lando Zawawi memaklumkan rakan seperjuangan yang juga pelawak Amir Raja Lawak akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan paru-paru.

Dalam masa sama, Lando atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, 51, menyeru orang ramai agar bersama-sama mendoakan kesejahteraan pelawak berkenaan yang kini menanti prosedur rawatan seterusnya.

“Saya baru saja mendapat keizinan dari ibu Amir, Puan Nizan untuk memohon sanak-saudara dan rakan-rakan yang mengenali saudara kita Mohammad Amirullah Azmi untuk sama-sama mendoakan agar beliau segera pulih dan kembali sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kini beliau sedang menunggu giliran di ICU untuk proses seterusnya.

Maaf tak sanggup cakap tapi jangkitan paru-paru. Asma memang dari kecil,” katanya dalam Threads.

Selain itu, Lando turut memberi peringatan kepada pihak-pihak tertentu yang didakwa masih mempunyai urusan tertunggak, khususnya berkaitan hutang dengan pelawak terbabit.

Semoga Allah masih beri peluang kita bersamanya dan sekadar peringatan buat pihak yang masih berhutang pada dia.

“Eloklah selesaikan atau mohon maaf pada dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Lando tidak menjelaskan lebih lanjut tentang Amir termasuk lokasi pusat rawatan pelawak itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok