Nama anak Fattah Amin, Neelofa jadi contoh

KURANG seminggu dilahirkan, anak lelaki Fattah Amin dengan Amira Othman iaitu Muhammad Jarir Umar menjadi bualan hangat dalam media sosial.

Ketika ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah Jarir, ada pula netizen memuji pemilihan nama tersebut.

Kata segelintir pihak, Jarir merupakan salah satu nama mempunyai maksud yang baik sama juga seperti nama Fatimah Aisya (anak Fattah dan Fazura), Bilal serta Abbas (Neelofa).

“Semua nama anak, nama sahabat nabi.

“Patut dicontohi. Jangan bagi nama anak pelik-pelik dan tiada maksud,” kata seorang individu dalam Threads.

Betul juga, sebab Diva ada juga ternampak ada beberapa nama kanak-kanak zaman sekarang yang aneh dan susah nak sebut.

Apa pun, benda baik, kita jadikan ikutan dan sebaliknya ya.

DIVA: Sebenarnya ramai saja anak artis yang ada nama-nama elok.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok