Ikmal Amry timang anak ketiga

AHLI keluarga bertambah, pelakon Ikmal Amry menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya, Najla Samshul, selamat melahirkan bayi mereka, semalam.

Ikmal atau nama lengkapnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, berkata dia kini secara rasmi bapa kepada tiga orang anak dengan kehadiran permata hati yang dilahirkan secara pembedahan pada pukul 9.30 pagi.

“Secara rasminya jadi bapa untuk tiga orang anak.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih kepada yang komen dan doakan yang positif. Alhamdulillah,” katanya.

Berita gembira itu dikongsikan Menurut pelakon From Saga With Love terbabit menerusi hantaran dalam Insta Story yang memaparkannya mendukung si kecil.

Pada perkongsian sama , Ikmal berseloroh menyatakan mahu berehat usai isterinya bersalin.

“Ye, ni baru nak rehat,” ujarnya.

Semakan di ruangan komen mendapati ramai rakan selebriti dan peminat yang turut mendoakan kesihatan isteri serta bayi mereka

“Tahniah untuk anda berdua, cantik tarikh lahirnya iaitu 26.6.2026,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, Ikmal dan Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata, Cailie, 5, dan Gibran, 3. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok