‘Maaf kalau saya tiada pakej di mata kalian’

BERTERUSAN menjadi sasaran kutukan, penyanyi muda Viviana Zairi berharap netizen berhenti mempersenda rupa paras serta fizikalnya.

Viviana atau nama lengkapnya Wirda Viviana Zairi, 21, mengakui terkilan berdepan kecaman yang tiada kaitan dengan bakat mahupun kualiti vokalnya.

Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” tulisnya menerusi hantaran di Threads.

Bahkan, anak penyanyi Ani Mayuni yang juga peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) turut meminta maaf atas kekurangannya.

Maaf kalau saya tiada pakej di mata kalian,” ujarnya.

Luahannya itu turut mengundang respons ramai termasuk pengurus peserta TTMM2, Linda Jasmine.

Linda berkata, Viviana bukan sekadar berbakat besar malah mempunyai personaliti serta penampilan tersendiri.

“Awak cantik! Dan yang paling penting, hanya ada awak seorang sahaja.

Sangat cantik, berbakat dan baik hati. Sayang anda dan ibu anda juga,” katanya dalam ruangan komen.

Sebelum ini, Viviana mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli di bangku sekolah sehingga menjejaskan keyakinan diri.

Namun pengalaman pahit itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang seni. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok