USAHAWAN sensasi Datuk Seri Vida terharu melihat sokongan orang ramai terhadap anak perempuannya, Cik B sepanjang tempoh bertanding di pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2)
Menurut Vida, 48, setiap persembahan d Cik B di atas pentas dilakukan dengan ikjlas selain berdoa anaknya itu akan terus berjaya.
“Terima kasih banyak-banyak sebab sayang, komen yang baik-baik dan doakan Cik B supaya dapat jadi juara. Saya tidak sangka sama sekali.
“Saya selalu doakan Cik B menjadi anak mama yang hebat itu setiap waktu, tak pernah tertinggal. Setiap keikhlasan yang dia tunjukkan memang betul.
“Saya lihat kasih sayang orang ramai terhadapnya semakin bercambah. Saya harap semua kasih sayang itu seperti air zam zam yang tidak pernah berhenti mengalir,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.
Dalam pada itu, dia sempat memberitahu akan melabur sekitar RM50,000 untuk dua persembahan Cik B pada final TTMM2 pada Ahad ini.
“Sebelum ini berhabis sekitar RM20,000 tetapi untuk konsert akhir mungkin sekitar RM50,000 bagi dua persembahan.
“Nak capai seperti yang diimpikan itu tidak mudah dan saya nak pastikan kalian tengok nanti rasa ‘wow’.
“Tak kisahlah berapa pun, asalkan persembahan itu melekat dalam hati penonton dan penyokong,” katanya lagi.
Semalam, Cik B dan pengurusnya, Vida bersama empat peserta lain iaitu Azeva (Datuk A.Aida), Hussain (Jamilul Hayat), Anggrek (Adira Suhaimi) dan Kim Khairi (Safura) diumumkan berjaya melangkah ke final TTMM2 minggu depan.
Juara bakal memenangi hadiah wang tunai RM30,000, sebuah single baharu dan trofi. -HIBGLAM
