Aina Abdul hentikan kereta demi peminat OKU

NAMA Aina Abdul kembali mekar dalam hati peminat apabila tular satu momen penuh kasih dalam media sosial.

Usai menjayakan persembahan di ibu kota, pelantun lagu Berjau­h-an itu sudah bersedia pulang sebelum tiba-tiba meminta pemandu memberhentikan kenderaan.

Rupanya, kelibat seorang wanita berkerusi roda melambai dari tepi jalan tidak terlepas daripada pandangannya.

Detik ringkas itu cukup menggetarkan rasa, peminat berkenaan jelas teruja, memeluk idola kesayangan dengan penuh emosi.

Tindakan Aina menuai pujian, disifatkan rendah diri dan tidak pernah membezakan sesiapa.

Baiknya Aina, sanggup dia turun dan menyantuni peminat apatah lagi tubuh tengah penat selepas habis persembahan.

“Nampak ikhlas dia menyapa peminat, bukan dibuat-buat demi orang puji macam sesetengan artis lain,” demikian antara komen pengguna media sosial.

Pada mata Diva, aura itu mengingatkan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa mendahulukan peminat walau di mana berada.

DIVA: Terdengar bisik-bisik mengatakan Cik B diganggu sesuatu sebelum persembahan dalam TTMM. Meremanglah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok