GARA-GARA dakwaan menikmati kehidupan mewah di sebalik tirai besi, penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, Sean Diddy Combs atau Diddy sekali lagi berdepan pola hidup mengejutkan apabila dipindahkan ke penjara di Pennsylvania.
Diddy, 56, dipindahkan dari Penjara Persekutuan Fort Dix di New Jersey ke FCI Allenwood Low pada 16 Oktober lalu selepas timbul laporan dakwaan dia menikmati layanan VVIP sepanjang di sel.
Namun pihak berkuasa tidak mendedahkan sebab khusus perpindahan tersebut walaupun laporan NBC News mendakwa pengasas Bad Boy Records itu mempunyai akses kepada telefon bimbit, alkohol, khidmat memasak, membersihkan tempat tidur serta urutan daripada banduan lain.
Dia dihukum penjara 50 bulan akibat dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri bagi tujuan pelacuran. – HIBGLAM

