PERJALANAN Ratu dan pengurusnya, Linda Jasmine dalam Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), terhenti di minggu keenam apabila diumumkan tersingkir pada konsert yang berlangsung malam tadi.
Pada malam konsert yang bertemakan Dua Tiga Kucing Berlari, Ratu menyampaikan lagu Oh! Carol nyanyian asal Neil Sedaka.
Dua lagi peserta yang berada di kedudukan terendah ialah Kim Khairii (Safura) dan Viviana (Ani Mayuni)
Minggu ini, peserta yang meraih pujian dan kedudukan tertinggi ialah Anggrek (Adira) yang menyampaikan lagu Temberang berduet bersama Mimi Fly.
Anggrek dan pengurusnya, Adira Suhaimi menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keempat sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 bersama hamper.
Anugerah Manager Paling Perform minggu ini pula menjadi milik Jamilulhayat hasil undian orang ramai menerusi laman web rasmi.
Minggu hadapan, kesemua peserta bakal mendendangkan lagu bertemakan Tergamaknya Kau.
TTMM2 dihoskan Datuk Aznil Nawawi sementara barisan juri pula terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.
Kerusi juri jemputan minggu keenam TTMM2 pula diisi penyanyi Puan Seri Tiara Jacquelina. – HIBGLAM
