3
JIKA sebelum ini platform Threads meriah dengan kerancakan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Kamal Adli melayan komen netizen, kini khabarnya ramai terhibur dengan reaksi Datuk M. Nasir dalam media sosial.
Rata-rata berpendapat komen yang ditinggalkan seNiman bergekar sifu itu berbaur sinis seperti ‘oh ya’, ‘pergilah tanya Loloq’ dan ‘okey anak sains’.
“Tak boleh jangka langsung komen M. Nasir tapi terkejut dia semakin aktif, bakal jadi pengetua Threads ke? usik netizen.
M. Nasir bagaimanapun menegaskan tidak tahu menahu mengenai komen yang dimaksudkan.
“Tak tahu. Mungkin penyamar,” ujarnya. – HIBGLAM
