PELAKON Amir Ahnaf mengimpikan untuk memiliki calon isteri yang mempunyai keperibadian lemah-lembut bagi memastikan anak-anaknya dididik dan diasuh dengan penuh kasih sayang satu hari nanti.
Pemilik nama penuh Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, itu berkata, keperibadian yang baik pentig bagi memastikan emosi dan proses tumbesaran anak terjaga.
“Dulu saya pernah sangat meminati seorang wanita berbadan besar tapi tak pernah meluahkan perasaan kepadanya. Daripada situ mula sedar yang saya tidak pandang langsung rupa paras.
Tapi sekarang saya fikir semula, nanti apabila umur sudah 35 tahun, saya nak ada seorang atau dua anak dan mahu teruskan legasi.
“Jadi, kalau boleh ingin seseorang orang yang cantik dan lemah lembut sebab karakter ibu memainkan peranan yang sangat besar untuk pembesaran serta emosi anak-anak,” katanya dalam temu bual sebuah siaran podcast baru-baru ini.
Katanya, sekiranya seorang wanita mempunyai sifat negatif seperti panas baran, pasti meninggalkan kesan terhadap anak-anak.
Kalau seorang ibu itu seorang yang pemarah dan cenderung pengabaian emosi, benda itu akan dikongsi kepada anak-anak terutamanya anak lelaki.
“Jadi, kalau figura seorang ibu itu sangat penyayang, cantik, lemah lembut, karakter sebegitu yang akan membentuk pembesaran anak sejak kecil,” ujarnya yang turut meminati wanita kelakar. – HIBGLAM
