‘Senyum tapi dibalas jelingan, itu nak kategori sebagai apa?’

ARTIS dituduh sombong, penyanyi Syura Badron berharap orang ramai jangan cepat melabel individu lain tanpa mengenali seseorang itu dengan lebih dekat.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 40, berkata, banyak kemungkinan dilalui setiap individu yang barangkali membuatkan seseorang itu disangka kurang mesra.

Janganlah senang-senang kita label seseorang itu sebab kita tak pernah kenal pun mereka.

“Tak kisahlah artis atau bukan, kita masih manusia,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Penyanyi lagu Kasih Tak Terjamah itu turut menegaskan sama ada penggiat seni atau pekerja bidang lain, semua merupakan insan biasa yang tidak terlepas melalui fasa turun naik emosi.

“Anda semua asyik ‘up’ pasal artis sombong kan?

Tapi saya pernah ada pengalaman, saya punyalah menyengih, senyum dekat orang tapi dibalas jelingan.

“Itu nak dikategorikan sebagai apa? Biasalah manusia, ada masa kita ada hari yang tak baik, ada masa kita gembira,” ujarnya.

Sejak beberapa hari lalu platform Threads  panas dengan perkongsian beberapa pemilik akaun yang menyenaraikan selebriti yang disifatkan sombong.

Antara nama yang disebut-sebut dan didakwa mempunyai sikap negatif adalah pelakon Mira Filzah serta Ezzanie Jasny. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok