‘Tak pakai susuk, saya konsisten bersenam, angkat beban’

TIDAK dimamah usia, pelakon Che Puan Sarimah menangkis dakwaan kononnya dirinya kekal awet muda kerana memakai susuk.

Sarimah, 48, menegaskan penampilan segar dimilikinya hari ini bukan hasil jalan pintas, sebaliknya datang daripada disiplin menjaga kesihatan sejak hampir tiga dekad lalu.

“Ramai tanya tentang susuk. Saya mahu jelaskan, inilah rutin saya sejak 28 tahun lalu.

Saya konsisten bersenam, angkat beban dan lakukan senaman walaupun hanya 15 hingga 20 minit sehari pun sudah memadai,” kongsinya dalam Threads.

Tambah pelakon drama Bila Cinta Menjadi Dosa itu, konsistensi menjadi kunci utama, malah dia tidak pernah mengabaikan rutin tersebut walaupun ketika bercuti.

Walaupun bercuti, saya tetap bersenam. Guna berat badan sendiri atau cari gimnasium awam, apa sahaja yang boleh.

“Insya-Allah, badan akan kekal sihat, tegap dan fleksibel,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji disiplin diamalkan selain menjadikan ibu satu anak itu sebagai inspirasi.

“Patutlah nampak muda, rupanya konsisten jaga diri. Lagi pun jangan bandingkan kehidupan artis dengan orang biasa.

Ini contoh sebenar, bukan bergantung pada benda pelik. Ramai sekarang mahu cantik tetapi malas usaha, nak mudah sahaja.

“Saya tengok Sarimah dari dia mula-mula masuk industri. Pandai dia jaga diri, motivasi untuk kita mula jaga kesihatan dari sekarang,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak masih skeptikal dan beranggapan faktor lain turut memainkan peranan dalam mengekalkan penampilan tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok