TIDAK mengapa, saya suami dia. Saya suka.”
Demikian komen pelakon Adam Lee yang mempertahankan sekali gus meluahkan rasa senang dengan penampilan terbaharu isterinya, Sweet Qismina.
Semuanya gara-gara Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berkongsi imej baharu dengan berambut pendek ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak, Akhyar Rashid, di Langkawi baru baru ini.
“In my short hair era’ (dalam era rambut pendek)”, tulisnya.
Bagaimanapun, ada segelintir pihak kurang senang dengan penampilan terkini Sweet walaupun masih memuji pelakon wanita itu.
Sweet potong rambut ke, aduh sayangnya rambut itu tetapi apa pun masih cantik,” ujar seorang netizen.
Sebelum ini, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan. -HIBGLAM