Nostalgia, deejay otai ‘serang’ rumah terbuka Linda Onn

IBARAT mengimbau semula era kegemilangan penyampai radio satu ketika dahulu, rumah terbuka anjuran Linda Onn menjadi medan berkumpul barisan bekas penyuampai radio ‘otai’.

Menerusi perkongsian Linda atau nama sebenarnya Rozlindah On ln, 47, dalam Instagram, dia menjemput rakan-rakannya ke rumah terbuka anjurannya beberapa hari lepas.

Tetamu Linda terdiri daripada daripada bekas penyampai yang pernah bekerja sebumbung dengan anak jati Singapura itu termasuk dari Era FM, Suria FM dan Sinar FM.

Kepada yang pernah menjadi pendengar kami, inilah wajah-wajah yang pernah menghiburkan anda dulu. Bekas-bekas penyampai Era, Suria dan Sinar. Ada yang masih ke udara, ada yang sudah beralih arah,” tulisnya di bahagian kaspyen hantaran tersebut.

Tambah Linda lagi, dia sudah menganggap rakan-rakannya itu seperti keluarga sendiri.

Berkerja dengan kalian tidak pernah terasa beban, tidak pernah terasa bosan. Bukan lagi ku anggap teman sekerja malah dah rasa seperti ahli keluarga. Semoga persahabatan kita kekal selamanya,” tulisnya.

Antara wajah-wajah ‘otai’ yang kelihatan dalam video tersebut ialah Halim Othman, Khairil Rashid, David Low, Keiran, Rostam, Jamal Jamaluddin, Naim Tee, Abby Fanna, Kudsia Kahar, Tyzo Xander dan Ray.

Menjengah ruangan komen, ramai netizen termasuk selebriti tersentuh hati melihat semua deejay otai kesayangan mereka berhimpun.

“Terima kasih kerana pernah mewarnai hidup kami dari pagi sampai malam,” komen pengacara Amin Idris.

“Alhamdulillah terima kasih Linda kerana berkongsi video ini dalam Instagram. Semua peminat Era FM rindu dengan bekas-bekas penyampai Era. Mengalir air mataku melihat semua bekas penyampai Era. Kami rindukan kalian semua,” komen netizen.

Selain rakan-rakan penyampai radio, turut kelihatan di majlis tersebut penyanyi popular, Mimi Fly. Mereka juga sempat membuat video ‘Serumpun Challenge ‘. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok