Muka ‘Walid’ kena ludah dengan Riena Diana

PELAKON Riena Diana mengakui gementar apabila terpaksa meludah wajah aktor Faizal Hussein yang melakonkan watak Walid bagi menjayakan salah satu adegan dalam drama bersiri popular, Bidaah.

Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal yang memegang watak Baiduri berkata, dia berkali-kali bertanya kepada pengarah dan Faizal mengenai keperluan babak tersebut.

“Saya kena ludah pada muka Faizal, ampun Walid.

“Masa buat babak ini banyak kali tanya pengarah dengan abang (Faizal), boleh ke kalau tak buat? Sebab takut,” katanya dalam Instagram.

Dia bagaimanapun tetap menjayakan babak tersebut meski pada akhirnya dipotong oleh pihak produksi.

“Tapi sebab diaorang sempoi dan kena faham ini hanya lakonan, buat jugalah.

“Cuma rasa-rasanya babak ini kena potong dalam drama. Riena belanja sikit sebab dah drama pun sudah habis,” ujarnya.

Selain Riena dan Faizal, Bidaah yang meledak sehingga ke Indonesia turut dibarisi Fattah Amin, Vanidah Imran, Marissa Yasmin dan Fatiya Latiff.

Sehingga kini, drama terbitan Viu Malaysia itu mencatat lebih 2.5 bilion tontonan dalam platform digital dan media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok