RAMAI yang sedia maklum hubungan cinta antara pempengaruh sensasi, Ameera Khan dan pelakon Indonesia, Jefri Nichol ibarat merpati dua sejoli.
Pasangan sama cantik sama padan itu tidak segan silu untuk mempamerkan kemesraan mereka buat pengikut akaun media sosial masing-masing.
Terbaharu, Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, membuat perkongsian foto bersama kekasih hati sewaktu mereka berdua sedang ditatarias untuk menghadiri satu majlis.
Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah komen daripada pengacara popular, Awal Ashaari.
“Make up (bersolek) pun pegang tangan. Okeylah nak suruh Kak Scha (Scha Alyahya) pegang tangan abe tokse lepah,” komen Awal.
Komen Awal itu telah membuatkan netizen terhibur dan membalas dengan emoji ketawa.
“Takpo Abe Awal denge Kak Scha pege tange sokmo pun takpo sebab laki bini doh,” komen netizen.
Baru-baru ini Ameera dan Jefri menjadi bualan netizen selepas kedua-dua mereka dikatakan telah putus cinta kerana saling ‘unfollow’ akaun Instagram masing-masing.
Namun sehari kemudian mereka dilihat kembali bermesraan dalam media sosial sekaligus menepis dakwaan hubungan cinta mereka telah berakhir. – HIBGLAM