‘Ada rendang di dalam sampul’ Mimi Fly bikin kalut

MEMANG tengah menggila dalam media sosial. Itu yang berlaku ketika ini apabila lagu Serumpun menjadi siulan ramai dan trending dalam media sosial!

Rata-rata orang ramai tidak melepaskan peluang melakukan tarian Serumpun yang diangkat daripada bahasa isyarat.

Namun, paling mencuit hati apabila lirik lagu asal diubah oleh segelintir individu yang kedengaran tidak logik tetapi sedap didengar.

‘Ada ketupat ada rendang’ tetapi ditukar menjadi ‘ada ketupat di dalam sampul’.

Tidak kurang juga terhibur apabila setiap hujung lirik ditukar menjadi ‘di dalam rendang’ dan ‘sekampung datang’.

Makin merapu lirik Serumpun tapi seronok pula dengar, lucu!

“Makin tak logik ada rendang di dalam sampul tapi bila nyanyi sedap pula,” ujar netizen.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok