‘Kena ‘bodyshaming’, netizen kata saya gemuk macam mak orang’

DEMI nampak cantik dan sihat, penyanyi Iera Milpan menjalani rejim diet yang ketat sebelum melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.

Menurut Iera Milpan atau nama sebenarnya Syahirah Milpan, 23, inisiatif itu dilakukan berikutan ramai menegur badannya tampak semakin berisi dalam gambar dan video muzik (MV).

“Semua orang kata saya sudah gemuk. Dalam gambar dan MV, saya kelihatan gemuk seperti mak orang.

“Saya mulakan diet seimbang ini untuk kesihatan saya juga,” katanya.

Tambah Iera, antara faktor penyumbang lain dia nekad menjalani diet ketat adalah kerana tidak tahan dengan kecaman netizen.

“Sebelum saya tandatangan kontrak dengan Rusa, memang saya selalu kena ‘bodyshaming’ dengan netizen.

“Meski sedih, saya hanya berdiam dan terima sahaja dengan lapang dada. Saya jadikan kata-kata penghinaan itu sebagai pemangkin semangat untuk melakukan perubahan,” katanya.

Ditanya apa amalan yang dipraktikkan sepanjang tempoh diet, Iera berkata, dia tidak makan nasi selama seminggu.

“Saya tidak makan nasi selama seminggu. Pada awalnya, berat saya lebih 60 kilogram (kg) dan sekarang turun kepada 51kg.

“Memang seksa tahan makan tetapi saya mahu kelihatan cantik. Jadi, saya kena tahan daripada makan nasi dalam kuantiti banyak,” ujarnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok