‘Kalau Zizan kahwin dengan Mimi, sama-sama jadi pengawal saya’

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila cuba ‘mengenenkan’ pelawak Zizan Razak dengan pengawal peribadinya, Mimi.

Usaha ‘matchmaking’ secara santai itu berlaku dalam siaran langsung TikTok yang menyaksikan Siti secara terbuka mencadangkan agar Zizan mempertimbangkan untuk mengenali Mimi yang kebetulan berasal dari negeri yang sama iaitu Terengganu.

Senang… dua-dua orang Terengganu, tak payah gaduh nak balik kampung,” ujarnya.

Beliau menambah, Mimi seorang yang serba boleh dan berpotensi menjadi pasangan hidup sesuai buat Zizan.

“Mimi semua benda boleh buat, nanti saya kenalkan. Kalau Zizan kahwin dengan Mimi sama-samalah jadi pengawal peribadi  saya,” katanya.

Reaksi sporting Zizan menambahkan lagi kemeriahan suasana siaran langsung tersebut, sekali gus mengundang tawa penonton yang turut terhibur melihat ‘live’ mereka dalam TikTok.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong hasrat disuarakan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu.

“Siti boleh jadi ‘broker’ untuk carikan jodoh buat kami yang belum ada pasangan ni,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan komen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok