Sayu tengok Matin di pusara Siti Sarah

EMPAT tahun berlalu, kerinduan ramai terhadap penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin tidak pernah surut apatah lagi kepada insan yang menyayanginya terutama keluarga.

Hati netizen terusik ketika pelawak Shuib menziarahi pusara arwah bersama isteri baharunya, Watie Hanifiah dengan dua anaknya, Thalita dan Matin.

Dalam video dikongsikan di laman sosial itu mula-mula terserlah kegembiraan puteranya yang hanya tersenyum diusik bapanya.

Tetapi ketika Shuib bercakap mengenai arwah, kepiluan anak kecil berusia lapan tahun itu tidak dapat ditahan.

Air mata kanak-kanak yang masih berusia empat tahun ketika ibunya meninggal dunia itu menitis jua membuatkan Diva pun sebak.

Dahulu mungkin Matin belum faham. Moga Matin dan ketiga-tiga adik-beradiknya terus membanggakan ibu mereka serta seisi keluarga.

DIVA: Malas ‘battle’ tiket konsert Lady Gaga Singapura.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok