Nur Sajat di Singapura, bukan Malaysia

USAHAWAN dan pempengaruh sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 40, tidak berada di Malaysia, sebaliknya di negara jiran, Singapura.

Menerusi hantaran yang dimuat naik selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah, dia memberitahu sahabatnya itu berada di sana untuk menghadiri sebuah festival.

Alhamdulillah Nur Sajat dah sampai Singapura. Dia buat panggilan video bersama Cik Lan pagi tadi,” tulisnya dalam Instagram Story.

Sementara itu menerusi hantaran Sajat dalam Instagram, dia memberitahu akan berada di festival Mega Xpress yang berlangsung di Singapura.

Mana yang nampak Sajat semalam,  terima kasih kerana tegur Sajat. Sajat gembira dapat bergambar dengan mereka. Maaf kalau muka Sajat nampak penat. Jom jumpa Sajat di majlis esok,” tulisnya.

Terdahulu, beberapa hari lalu Sajat kembali menjadi perhatian ramai selepas dia mendedahkan sudah pulang ke tanah air untuk meraikan hari raya.

Malah, dia sempat membuat promosi untuk festival Starvendor anjuran Ifa Raziah yang akan berlangsung bermula esok (21 Mac 2025).

Dalam video tersebut , Sajat memberitahu dia akan berada di festival tersebut untuk bertemu peminatnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok