‘Ayden approved!’ – Anak sulung Bella Astillah terima Syed Saddiq

HUBUNGAN mesra antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq terus menjadi sorotan apabila anak sulungnya Ayden Adrean memberikan ‘lampu hijau’.

Menerusi video dalam TikTok, pelakon dan usahawan Betty Rahmad dilihat mengusik Ayden dengan bertanyakan tentang Syed Saddiq.

YB dekat mana? Ayden ‘approved’ tak YB,”soalnya.

Tidak menunggu lama, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dengan yakin memberikan jawapan yang mencuri perhatian ramai.

“YB di rumah. Ayden approved!,” responsnya.

Netizen teruja, Bella dapat ‘restu’ awal?

Reaksi Ayden yang spontan membuatkan ramai netizen terhibur dan menyifatkan budak kecil itu sudah ‘meluluskan’ Syed Saddiq sebagai teman ibunya.

Ayden pun dah bagi greenlight, kita tunggu Bella pula, budak mana pandai menipu,” komen netizen.

“Comel betul Ayden! Nampak macam dah selesa dengan Uncle YB,” tulis pengguna TikTok.

“Kalau anak dah suka, mak kena fikir panjang ni,” ujar netizen lain.

Baru-baru ini, hubungan rapat Bella dan Syed Saddiq semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta sebuah jenama pakaian.

Gosip cinta dua personaliti popular yang digelar BASS (Bella Astillah Syed Saddia) itu turut tular hingga ke Korea Selatan menerusi video menunjukkan ahli politik itu terjun ke laut dan berenang menuju ke Bella yang menantinya di Semporna, Sabah.

Meskipun tidak mengesahkan status hubungan, ramai yang bersetuju kedua-dua figura popular terbabit mendirikan rumah tangga.

Untuk rekod, Bella sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aliff Aziz sebelum bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok