Tayang ‘kerang’, isteri Kanye West berisiko dipenjara

TAMPIL dengan gaun lut sinar tanpa pakaian dalam pada majlis Anugerah Grammy 2025, isteri kepada penyanyi rap Kanye West, Bianca Censori bakal berdepan hukuman penjara.

Bianca, 30, membuat kejutan di permaidani merah acara itu semalam apabila secara tiba-tiba menanggalkan kot berbulu dihadapan puluhan jurugambar sekali gus menampakkan tubuhnya dan kelihatan seperti berbogel.

Media melaporkan pereka hiasan dalaman asal Australia itu didapati melakukan kesalahan mendedahkan tubuh atau kemaluan secara sengaja.

Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan hukuman sehingga enam bulan penjara daerah dan denda maksimum RM4,445.51.

Namun, sekiranya kesalahan tersebut berulang, Bianca akan dijatuhi hukuman lebih berat dengan minimum 10 tahun penjara di penjara negeri.

Tindakan beraninya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kelonggaran kod pakaian bagi acara berprestij itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok