Paula Verhoeven berniaga demi anak

AKTIF dalam bidang perniagaan, pelakon Paula Verhoeven dilabel sebagai wanita berdikari dan memiliki prinsip hidup yang kukuh biarpun berdepan dugaan dalam rumah tangga.

Paula, 37, mengakui tidak mampu mengawal pandangan orang ramai mahupun sikap netizen yang gemar menjatuhkan hukuman terhadapnya gara-gara kemelut perkahwinan dengan aktor Baim Wong.

“Itukan tanggapan orang. Saya dalam keadaan gembira, alhamdulillah.

“Kita bergantung kepada diri sendiri dan Tuhan, bukan terhadap manusia lain,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Lembayung itu bertegas, faktor utama mendorongnya menceburi bidang perniagaan adalah untuk meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.

“Saya mahu melakukan perniagaan untuk mempunyai banyak masa dengan anak-anak.

“Doakan sahaja, nama pun cita-cita jadi kita nikmatilah prosesnya. Saya hanya fokus dengan diri sendiri,” ujarnya yang kini masih dalam proses perceraian di mahkamah.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok