57
MALANG tidak berbau buat penyanyi Wika Salim yang menjadi mangsa penipuan bekas pengurusnya.
Meskipun kerugian dialami mencecah berbilion rupiah, Wika atau nama lengkapnya Wika Febrina Putri tidak menyedari perkara tersebut sehinggalah pelanggang hantar bukti pembayaran.
“Sebenarnya saya tak ada syak wasangka sehinggalah pelanggan menghantar bukti pembayaran kepada saya.
“Kadang-kadang saya cuba ikhlaskan tetapi wang tersebut hasil titik peluh saya dan orang itu tahu saya bekerja keras,” katanya.
Selepas menyedari ditipu, pelantun lagu Ngutang itu segera membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. – HIBGLAM